Keratitis Acanthamoeba di Malaysia

Mohamed Kamel Abd Ghani, and Irdawati Azhar, and Haliza Abdul Mutalib, and Anisah Nordin, and Yusof Suboh, and Noraina Ab Rahim, and Norazah Ahmad, (2018) Keratitis Acanthamoeba di Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (7). pp. 1563-1569. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num7_2...

Abstract

Acanthamoeba spp. merupakan ameba hidup bebas yang tersebar luas di persekitaran. Ameba ini menyebabkan penyakit keratitis terutamanya kepada individu yang memakai kanta sentuh terkontaminasi atau mempunyai sejarah trauma pada mata. Tujuh puluh empat sampel kikisan kornea pesakit keratitis daripada 4 buah hospital di sekitar Lembah Kelang telah dikultur untuk menemukan Acanthamoeba spp. Keputusan kajian mendapati Acanthamoeba spp. berjaya dipencilkan daripada 14.87% sampel kikisan kornea pesakit keratitis. Berdasarkan kajian ini, kesemua pesakit keratitis Acanthamoeba adalah merupakan pemakai kanta sentuh yang majoritinya (90.9%) terdiri daripada kaum wanita. Kanta sentuh lembut terlibat dalam 90.9% kes manakala jenis kanta separa keras cuma satu kes 9.1%. Kesemua 11 pencilan Acanthamoeba yang dipencilkan adalah daripada kumpulan polyphagids yang biasanya patogenik kepada manusia dan menyebabkan jangkitan ini. Kegagalan pengguna kanta sentuh mengamalkan tahap kebersihan kanta sentuh yang baik merupakan faktor risiko yang penting dalam kejadian keratitis Acanthamoeba di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Acanthamoeba; Kanta sentuh; Keratitis; Malaysia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12175
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2018 07:47
Last Modified:09 Oct 2018 20:25

Repository Staff Only: item control page