Marlia M. Hanafiah, and Nan Hamiza Syazira Megat Mohamad, and Nur Izzah Hamna Abd. Aziz, (2018) Salvinia molesta dan Pistia stratiotes sebagai agen fitoremediasi dalam rawatan air sisa kumbahan. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1625-1634. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...
Abstract
Akumulasi logam berat dan bahan pencemar ke dalam ekosistem akuatik memberi impak negatif kepada alam sekitar dan organisma akuatik. Salvinia molesta dan Pistia stratiotes merupakan spesies yang mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat dan berkemampuan dalam mengakumulasi logam berat dan menyerap nutrien menjadikan ia sesuai digunakan untuk merawat air sisa melalui kaedah bioteknologi iaitu fitoremediasi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti air sisa kumbahan sebelum dan selepas rawatan menggunakan kaedah fitoremediasi. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk menilai keberkesanan Salvinia molesta dan Pistia stratiotes sebagai agen fitoremediasi bagi rawatan air sisa. Sampel tumbuhan akuatik berbeza berat iaitu 10, 20 dan 30 g diuji untuk rawatan tersebut. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan kadar pengurangan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen yang bererti (p<0.05) bagi 10, 20 dan 30 g Pistia stratiotes dan Salvinia molesta sepanjang kajian dijalankan iaitu daripada hari 0 sehingga hari ke-7. Keputusan kajian juga menunjukkan 30 dan 20 g Pistia stratiotes dan Salvinia molesta dapat menyingkirkan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen dengan lebih cepat berbanding berat tumbuhan 10 g. Ujian ANOVA satu hala juga tidak menunjukkan perbezaan yang bererti bagi kadar pengurangan jumlah pepejal terampai dan ammoniakal nitrogen antara Pistia stratiotes dan Salvinia molesta.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Air sisa kumbahan; Fitoremediasi; Pistia stratiotes; Salvinia molesta |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12183 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Oct 2018 23:45 |
Last Modified: | 16 Oct 2018 12:52 |
Repository Staff Only: item control page