Pengenalpastian dan profil pengekspresan gen biosintesis asid amino yis psikrofil, Glaciozyma antarctica

Izwan Bharudin, and Radziah Zolkefli, and Mohd Faizal Abu Bakar, and Shazilah Kamaruddin, and Rosli Md. Illias, and Nazalan Najimudin, and Nor Muhammad Mahadi, and Farah Diba Abu Bakar, and Abdul Munir Abdul Murad, (2018) Pengenalpastian dan profil pengekspresan gen biosintesis asid amino yis psikrofil, Glaciozyma antarctica. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1675-1684. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...

Abstract

Mekanisme pengambilan dan penghasilan asid amino bagi mikroorganisma psikrofil yang bermandiri dan berpoliferasi pada persekitaran sejuk melampau masih belum difahami sepenuhnya. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gen yang terlibat dalam penjanaan asid amino bagi yis psikrofil, Glaciozyma antarctica serta menentukan pengekspresan gen tersebut semasa kehadiran dan kekurangan asid amino dalam medium pertumbuhan. Pengenalpastian gen telah dilakukan melalui penjanaan penanda jujukan terekspres (ESTs) daripada dua perpustakaan cDNA yang dibina daripada sel yang dikultur dalam medium pertumbuhan kompleks dan medium pertumbuhan minimum tanpa asid amino. Sebanyak 3552 klon cDNA daripada setiap perpustakaan dipilih secara rawak untuk dijujuk menghasilkan 1492 transkrip unik (medium kompleks) dan 1928 transkrip unik (medium minimum). Analisis pemadanan telah mengenl pasti gen mengekod protein yang terlibat di dalam pengambilan asid amino bebas, biosintesis asid amino serta gen yang terlibat dengan kitar semula asid amino berdasarkan tapak jalan yang digunakan oleh yis model, Saccharomyces cerevisiae. Analisis pengekspresan gen menggunakan kaedah RT-qPCR menunjukkan pengekspresan gen mengekod protein yang terlibat di dalam pengambilan asid amino bebas iaitu permease adalah tinggi pada medium kompleks manakala pengekspresan kebanyakan gen mengekod protein yang terlibat dalam kitar semula dan biosintesis asid amino adalah tinggi di dalam medium minimum. Kesimpulannya, gen yang terlibat dalam penjanaan dan pengambilan asid amino bagi mikroorganisma psikrofil adalah terpulihara seperti mikroorganisma mesofil dan pengekspresan gen-gen ini adalah diaruh oleh kehadiran atau ketiadaan asid amino bebas pada persekitaran.

Item Type:Article
Keywords:Biosintesis asid amino; Glaciozyma antarctica; Penanda jujukan terungkap; Psikrofil
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12188
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2018 01:50
Last Modified:16 Oct 2018 13:06

Repository Staff Only: item control page