Penilaian sifat fisio-kimia dan analisis hedonik bagi titisan piramid padi tahan kemarau terpilih

Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, and Tuan Nur Aqlili Riana Tuan Ali, and Mohd Ikmal Asmuni, and Nabihah Raihanah Tajul Anuar, and Puteri Dinie Ellina Zulkafli, and Amira Ismail, (2018) Penilaian sifat fisio-kimia dan analisis hedonik bagi titisan piramid padi tahan kemarau terpilih. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1757-1773. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...

Abstract

Pembiakbakaan padi tahan kemarau menjadi agenda utama ahli pembiak baka namun ia amatlah penting bagi memastikan kultivar padi baru tahan kemarau yang bakal dihasilkan mampu memenuhi cita rasa pengguna daripada segi ciri fisio-kimia serta kualiti beras dan nasi. Dalam kajian ini, sebanyak sepuluh genotip padi yang terdiri daripada lapan titisan piramid padi tahan kemarau (PLs) dan dua induk, MR219 dan MRQ74 dinilai bagi ciri fisio-kimia dan kualitinya. Kesemua genotip mempunyai kandungan amilosa (AC) yang sederhana iaitu dalam julat 20% hingga 25% kecuali PL-MR219-G1 (AC rendah - 16%) dan induk MRQ74 (AC tinggi - 27%). Selain itu, kesemua genotip juga mempunyai suhu pengelatinan (GT) yang sederhana, konsistensi gel (GC) yang lembut serta mempunyai bentuk beras yang tirus. Tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antara PLs dan induk untuk kesemua atribut dalam analisis hedonik kecuali bagi ciri aroma dalam populasi MRQ74. Skor PL-MRQ74-G1 bagi ciri aroma dalam ujian sensori berbeza secara signifikan dengan induk menunjukkan bahawa nasi yang dihasilkan PL ini tidak wangi. Analisis genotip turut mengesahkan gen yang mengawal ciri aroma, alel badh2 tiada dalam PL-MRQ74-G1 disebabkan rekombinasi semasa silangan. Namun demikian, alel badh2 hadir dalam PL-MRQ74-G2 yang menyokong hasil ujian hedonik dan PL ini tidak berbeza dengan MRQ74 bagi atribut aroma. Secara amnya, PLs serupa dengan beras komersial yang merupakan induk mereka bagi ciri fisio-kimia dan kualiti. PLs yang tahan kemarau ini boleh dikomersialkan kerana memenuhi cita rasa pengguna Malaysia yang sukakan nasi yang lembut dan tirus selain tempoh memasak yang singkat.

Item Type:Article
Keywords:Alel badh2; Fisio-kimia; Kualiti beras; Titisan piramid padi; Ujian sensori
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12198
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2018 06:49
Last Modified:16 Oct 2018 13:39

Repository Staff Only: item control page