Kelakuan migrasi elektrokimia pateri SAC305 dalam larutan natrium hidroksida pada kepekatan yang pelbagai

Emee Marina Salleh, and Norinsan Kamil Othman, and Azman Jalar, (2018) Kelakuan migrasi elektrokimia pateri SAC305 dalam larutan natrium hidroksida pada kepekatan yang pelbagai. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1867-1872. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...

Abstract

Pengecilan saiz antarahubung dalam papan litar bercetak (PCB) membawa kepada migrasi elektrokimia (ECM) dan kemudiannya menyebabkan litar pintas. ECM merupakan salah satu jenis kakisan yang ketara menjejaskan kebolehtahanan kakisan kepada peralatan elektronik. Migrasi ini ialah fenomena ion logam bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain di dalam medium logam, menyebabkan endapan berlaku di bahagian katod logam ataupun aloi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kelakuan kakisan melalui ujian titisan air (WDT) pateri bebas plumbum Sn-3.0Ag-0.5Cu (SAC305) di dalam larutan natrium hidroksida (NaOH) yang berbeza kepekatan iaitu 0.05M, 0.1M, 0.5M dan 1.0M. Purata masa-ke-kegagalan (MTTF) pateri SAC305 berkurangan apabila didedahkan kepada medium larutan NaOH yang semakin tinggi kepekatannya. Pembentukan dendrit dikesan selepas kakisan pateri SAC305 akibat proses ECM dan menyebabkan litar pintas. Hasil kakisan Cu(OH)2 dan SnO2 juga didapati terbentuk selepas pateri terkakis. Bopeng kecil kelihatan terbentuk terutamanya pada kepekatan yang tinggi adalah disebabkan oleh perlarutan pada anod Sn.

Item Type:Article
Keywords:Bahan pateri Sn-Ag-Cu; Kakisan; Migrasi elektrokimia; Pateri tanpa plumbum; Ujian titisan air
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12211
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Oct 2018 00:13
Last Modified:16 Oct 2018 13:45

Repository Staff Only: item control page