Pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO2) daripada mineral monazit

Che Nor Aniza Che Zainul Bahri, and Aznan Fazli Ismail, and Amran Ab. Majid, and Mohd Izzat Fahmi Mohd Ruf, and Wadee'ah Mutahir Al-Areqi, (2018) Pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO2) daripada mineral monazit. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1873-1882. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...

Abstract

Monazit merupakan mineral fosfat yang mengandungi unsur nadir bumi, torium dan uranium dalam kepekatan tertentu. Kepekatan torium dalam monazit di Malaysia dilaporkan sekitar 2,525.0 - 40,868 ppm dan berpotensi digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan reaktor nuklear torium. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji proses pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO2) daripada monazit tempatan. Proses pengekstrakan dan penulenan ThO2 dibahagikan kepada empat peringkat iaitu proses penghadaman, pengasingan, pengekstrakan pelarut dan pengkalsinan. Pencirian sampel telah dilakukan melalui analisis spektrometri jisim gandingan plasma teraruh (ICP-MS), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskopi pengimbas elektron dengan spektroskopi serakan tenaga sinar-X (SEM-EDS). Proses penghadaman telah menghasilkan larutan larut lesap monazit ((Th,REE,U)(SO4)2) yang mengandungi sehingga 99.77 ± 7.84 mg torium. Unsur nadir bumi (La, Ce, Nd, Pr, Sm, Eu dan Gd) telah diasingkan daripada torium pada peratusan 96.73%. Manakala larutan Th(NO3)4 dan ThO2 yang dihasilkan masing- masing berketulenan 97.10 ± 0.74% dan 98.85 ± 0.69%. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa pengekstrakan dan penulenan ThO2 daripada monazit tempatan boleh dilakukan melalui proses pengekstrakan berperingkat.

Item Type:Article
Keywords:Monazit; Pengekstrakan; Penulenan; Torium oksida
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12212
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Oct 2018 00:49
Last Modified:16 Oct 2018 13:49

Repository Staff Only: item control page