Perubahan sistem arus ionosfera di kawasan Asia Tenggara semasa ribut geomagnet pada fasa suria minimum

Nurul Shazana Abdul Hamid, and Viksuthorn Ai Wen, and Nur Izzati Mohd Rosli, and Akimasa Yoshikawa, (2018) Perubahan sistem arus ionosfera di kawasan Asia Tenggara semasa ribut geomagnet pada fasa suria minimum. Sains Malaysiana, 47 (8). pp. 1923-1929. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num8_2...

Abstract

Sistem arus di ionosfera khatulistiwa terdiri daripada elektrojet khatulistiwa (EEJ) dan suria senyap (Sq). Arus EEJ merupakan satu jalur arus yang mengalir ke arah timur sepanjang kawasan dip khatulistiwa. Arus Sq pula adalah gegelung arus yang mengalir di hemisfera utara dan selatan bumi pada arah yang bertentangan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan aktiviti matahari terhadap profil latitud sistem arus, khususnya di kawasan Asia Tenggara. Data yang digunakan dalam kajian ini merangkumi data geomagnet daripada lima stesen magnetometer dalam rangkaian MAGDAS iaitu stesen Muntinlupa (MUT), Cebu (CEB), Davao (DAV), Manado (MND) dan Pare Pare (PRP). Keamatan arus EEJ yang paling tinggi adalah pada waktu tengah hari sekitar 1000 dan 1100 LT semasa solar minimum dan kajian ini telah menganalisis sistem arus daripada 1000 hingga 1400 LT. Analisis menunjukkan bahawa ribut geomagnet yang berlaku pada 23 April 2008 adalah disebabkan oleh letusan jirim korona (CME) yang memberikan peningkatan kepada nilai arus pada hari tersebut. Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada arus di stesen hemisfera selatan, iaitu stesen MND dan PRP. Berdasarkan analisis yang dilakukan, ia turut mendapati bahawa ribut geomagnet memberikan peningkatan kepada nilai arus walaupun di luar waktu puncak. Selain itu, profil arus ini turut dibandingkan dengan profil arus pada hari senyap iaitu pada 21 April 2008.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti matahari; EEJ; Sistem arus ionosfera; Sq
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12218
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Oct 2018 01:41
Last Modified:16 Oct 2018 13:45

Repository Staff Only: item control page