Pengenalpastian mikroflora bakteria gram positif dan negatif yang dipencil daripada kolam air panas Bentong, Pahang

Ahmad Zorin Sahalan, and Abdul Hamid Abdul Aziz, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Hing, Hiang Lian (2018) Pengenalpastian mikroflora bakteria gram positif dan negatif yang dipencil daripada kolam air panas Bentong, Pahang. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (2). pp. 1-4. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/685

Abstract

Suatu kajian pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria daripada kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan ekstrem suhu tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain dari spesies Bacillus sp. yang mampu mandiri dalam kolam air panas ini. Tiga buah kolam air panas dikenal pasti sebagai A, B dan C. Julat suhu berada antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua isolat bakteria kokus Gram positif bersama tiga spesies Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari spesies Streptococcus sp. dan Staphylococcus sp, manakala Gram negatif pula dikenal pasti sebagai Pseudomonas sp., Klebsiella sp. dan Proteus sp.. Sebagai kesimpulan, bakteria tak berspora yang bukan Bacillus sp. mampu mandiri dalam kolam air panas.

Item Type:Article
Keywords:Kolam air panas; Pengenalpastian; Kokus gram positif; Gram negatif; Bentong
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:12220
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2018 03:05
Last Modified:19 Oct 2018 21:05

Repository Staff Only: item control page