Evaluasi keselamatan Lactobacillus casei C1 pada tikus Wistar

Satirah Zainalabidin, and Tan, Siew May and Yap, Wei Boon (2018) Evaluasi keselamatan Lactobacillus casei C1 pada tikus Wistar. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (2). pp. 23-31. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/685

Abstract

Pada masa kini, probiotik diambil sebagai makanan tambahan secara meluas untuk kebaikan kesihatan. Namun begitu, masih kurang kajian keselamatan terhadap kebanyakan bakteria probiotik. Tambahan pula, khasiat probiotik amat bergantung pada strain yang digunakan dalam penghasilan produk probiotik. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi mengkaji keselamatan pengambilan Lactobacillus casei (Lb. casei) C1 yang baru dipencilkan secara oral. Sebanyak 32 ekor tikus Wistar (WIS) digunakan dalam kajian ketoksikan oral akut (dos tunggal) dan subakut (dos berulangan selama 28 hari). Tikus dibahagikan kepada kumpulan kawalan yang diberi salin penimbal (PBS) dan kumpulan kajian yang diberi Lb. casei C1 (1011 CFU/ml) secara oral. Dalam ketoksikan oral akut, rawatan diberi sekali setiap 24 jam dan dipantau selama 14 hari. Untuk ketoksikan oral subakut, rawatan diberi setiap hari selama 28 hari dan kesan dipantau sepanjang tempoh masa kajian. Berat badan, makanan dan air direkodkan. Kumpulan akut dan subakut dikorbankan pada hari ke-15 dan ke-29. Serum dikumpul untuk menentukan aras protein jumlah, malondialdehid (MDA), alanina aminotransferase (ALT), aspartat aminotransferase (AST), laktat dihidrogenase (LDH) dan kreatinin. Organ pula diambil untuk pemerhatian histologi. Tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) diperhatikan dalam berat badan, pengambilan makanan dan minuman antara tikus kawalan dan kajian dalam kumpulan ketoksikan oral akut. Bilangan sel darah, aras jumlah protein, MDA, LDH dan kreatinin juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara tikus kawalan dengan kajian. Hasil yang sama juga direkod untuk kumpulan ketoksikan oral subakut kecuali aras ALT dan AST yang menunjukkan perbezaan signifikan (p < 0.05). Tiada perubahan morfologi yang ketara diperhatikan pada organ hepar, ginjal dan ileum tikus kajian berbanding dengan tikus kawalan dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kesimpulannya, Lb. casei C1 tidak mempunyai kesan toksik pada tikus Wistar maka ia adalah selamat untuk diambil secara oral.

Item Type:Article
Keywords:Akut; Subakut; Ketoksikan oral; Lactobacillus casei; Tikus Wistar
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:12226
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2018 04:23
Last Modified:19 Oct 2018 21:10

Repository Staff Only: item control page