Devinder Kaur Ajit Singh, and Nor Najwatul Akmal Ab Rahman, and Azianah Ibrahim, and Nor Azlin Mohd Nordin, and Yaksotha Palaniappan, and Lam Shu Zhen, (2018) Perbezaan pencapaian ujian timed up and go dan kelajuan berjalan antara warga emas dengan risiko jatuh tinggi dan rendah. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (2). pp. 93-99. ISSN 1675-8161
|
PDF
410kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/685
Abstract
Jatuh merupakan salah satu masalah utama dalam kalangan warga emas yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosotan kualiti hidup, morbiditi dan kematian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian ujian Timed Up and Go (TUG) dan kelajuan berjalan dalam kalangan warga emas di komuniti dengan risiko jatuh yang tinggi dan rendah, menggunakan Physiological Profile Assessment (PPA). Kajian keratan rentas ini melibatkan 278 orang warga emas berumur di antara 60-88 tahun dari kelab warga emas di sekitar Lembah Klang. 40.6% warga emas mempunyai risiko jatuh tinggi dan kebanyakkan adalah perempuan (75%). Terdapat perbezaan signifikan (p < 0.001) dalam pencapaian ujian TUG dan kelajuan berjalan antara golongan warga emas yang berisiko jatuh yang tinggi dan rendah. Penurunan mobiliti (masa ujian TUG yang lebih lama) dan peningkatan umur telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang signifikan (p < 0.05) bagi jatuh dalam kajian ini. Nilai rujukan yang diperoleh untuk ujian TUG daripada kajian ini dapat dimanfaatkan untuk mengenal pasti warga emas di komuniti dengan risiko jatuh, pada fasa yang lebih awal serta membolehkan pengelakkan dan pengurusan jatuh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jatuh; Warga emas; Physiological profile assessment; Timed up and go (TUG); Kelajuan berjalan |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 12234 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Oct 2018 07:10 |
Last Modified: | 19 Oct 2018 21:14 |
Repository Staff Only: item control page