Satira politik: analisis Internet trolling di Malaysia

Raja Nurafiqah Raja Zulkifi, and Noor Sulastry Yurni Ahmad, and Mohd Azizuddin Mohd Sani, and Haslina Muhamad, (2018) Satira politik: analisis Internet trolling di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 223-242. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
500kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Satira politik merupakan satu bentuk komunikasi politik terdiri daripada pelbagai jenis. Satira politik melalui pendekatan Internet trolling pula dilihat semakin berkembang di Malaysia. Internet trolling boleh didapati dalam bentuk gambar (memes) atau rakaman (video) dan merupakan salah satu medium yang menarik digunakan dalam media sosial sebagai alat menyampaikan maklumat. Fenomena ini telah menular dalam kebanyakan aplikasi media sosial. Internet trolling seringkali digunakan terhadap para pemimpin politik sebagai bahan sindiran. Fenomena ini semakin rancak kerana rakyat kini dilihat cenderung untuk mendapatkan maklumat berkenaan berita politik menggunakan media baharu. Ini kerana medium ini mudah untuk diakses dan lebih bebas. Artikel ini memberi tumpuan kepada penyertaan pengguna media sosial dalam komunikasi politik berbentuk satira. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan sorotan kajian yang terbatas dan pembacaan teori mobilisasi sosial dan teori penggunaan dan kepuasan media. Analisis kualitatif kandungan pula dipilih sebagai metodologi kajian. Media sosial Facebook menjadi medium analisis manakala komenkomen pengguna Facebook digunakan sebagai unit analisis. Kajian ini merumuskan bahawa fenomena trolling politik dalam media sosial menjadi indikator bahawa corak kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat kian berubah. Sungguhpun trolling politik yang selama ini tersebar melalui pelbagai aplikasi media sosial ini dilihat agak keterlaluan, namun pemimpin-pemimpin ini masih meneruskan tugas masing-masing tanpa menghiraukan bahan satira yang keterlaluan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Satira politik; Internet trolling; Facebook; Komunikasi politik; Pilihan raya
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12252
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 01:11
Last Modified:26 Oct 2018 23:09

Repository Staff Only: item control page