Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama bahasa Melayu

Muhammad Zuhair Zainal, and Ahmad Mahmood Musanif, and Al-Amin Mydin, (2018) Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 243-262. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
476kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menjelaskan makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik. Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat dalam skrip drama hasil tulisan Usman Awang (1988), iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam, juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin (1990), iaitu Bujur Lalu Melintang Patah, Atap Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar. Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti setiap ujaran yang terpilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama dapat ditafsirkan berdasarkan konteks dan niat penutur. Konteks tersebut ialah konteks fizikal dan persekitaran, konteks sosial dan budaya serta konteks linguistik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pentafsiran makna penutur bagi ujaran tak langsung dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu pertama; tafsiran berdasarkan konteks dan niat penutur. Kedua; tafsiran berdasarkan niat penutur sahaja. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna penutur bagi ujaran-ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama berpandukan prinsip pragmatik.

Item Type:Article
Keywords:Ujaran tak langsung; Makna penutur; Konteks; Niat penutur; Pragmatik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12253
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 01:23
Last Modified:26 Oct 2018 23:10

Repository Staff Only: item control page