Akses terbuka sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu

Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, and Jama’yah Zakaria, and Norazlina Mohd Kiram, (2018) Akses terbuka sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 263-277. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, saintifik dan berkualiti. Penerbitan artikel ilmiah terus berkembang dari semasa ke semasa dan pada 2010, lebih daripada 40 juta artikel telah diindeks oleh Scopus manakala 2016 pula, jumlah penerbitan ilmiah yang diindeks oleh Scopus bagi Malaysia ialah sebanyak 24,168 artikel iaitu jumlah terbanyak di Asia Tenggara. Namun, persoalannya berapa banyakkah daripada jumlah tersebut yang dapat diakses secara terbuka dan menggunakan kata kunci bahasa Melayu dalam penulisan tersebut? Makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan dalam akses terbuka berdasarkan dua kata kunci iaitu “Bahasa Melayu” dan “Bahasa Melayu”+“Malaysia”. Seterusnya menjelaskan hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat sebanyak 12,960,000 jumlah hasil pencarian bagi kedua-dua kata kunci yang telah dipilih. Kata kunci bagi “Bahasa Melayu”+“Malaysia” telah menunjukkan kandungan bahan ilmiah yang lebih banyak berbanding kata kunci “Bahasa Melayu” sahaja. Selain itu, hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu ialah sebagai wadah penyebaran ilmu bahasa Melayu di serata dunia, perkongsian sumber ilmu bahasa Melayu antara institusi akademik dan perpustakaan, simpanan bahan bahasa Melayu dalam pangkalan data sepanjang zaman dan pengukur kepada kewibawaan penyelidik dan kualiti bahan terbitan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, teknologi akses terbuka harus dimanfaatkan sebaiknya sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Akses terbuka; Pemartabatan bahasa; Penyebaran ilmu; Perkongsian sumber
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 01:35
Last Modified:26 Oct 2018 23:12

Repository Staff Only: item control page