Fiksimini berbahasa Sunda dalam media sosial

Indira, Dian and Muhtadin, Teddi and Djajasudarma, T. Fatimah (2018) Fiksimini berbahasa Sunda dalam media sosial. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 293-308. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
387kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Dipandang dari sudut pandang media sosial, globalisasi merupakan alternatif kepada kemunculan bahasa-bahasa kecil ke dalam ranah global. Di samping itu, media sosial menjadi alternatif kepada keterbatasan media konvensional. Ini terbukti dengan kemunculan kumpulan-kumpulan bahasa Sunda di media sosial seperti Facebook dan Twitter yang boleh diakses oleh semua orang tanpa mengetahui sempadan negara. Satu kumpulan dalam media sosial iaitu kumpulan Fiksmimini Bahasa Sunda (FBS) pada laman Facebook yang lahir pada 16 September 2011. Kumpulan ini dianggotai oleh lebih dari 10,000 ahli dari pelbagai negara. Kumpulan ini komited untuk menggunakan bahasa Sunda sesuai dengan aturan bahasa Sunda yang baik dan benar. Dalam proses pengumpulan ini telah melahirkan pengarang baru dan mengghairahkan kembali para penulis lama dalam bahasa Sunda. Sebahagian daripada karya mereka kemudiannya diterbitkan dalam media konvensional seperti majalah dan buku. Di samping itu, kumpulan FBS telah memberi inspirasi pula munculnya kumpulan-kumpulan berbahasa Sunda lainnya baik yang memberi tumpuan pada bentuk susastra (antara lain fiksimini, cerita pendek, petisi, haiku, pantun) dan nonsastra. Kaedah penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif dengan data deskriptif melalui teknik kajian kesusasteraan. Melalui kajian fiksimini dalam media sosial ini akan dikupas masih tinggikah kepedulian masyarakat pemilik bahasa Sunda (orang Sunda) terhadap bahasa Sunda dikaitkan dengan keadaan bahasa Sunda yang termasuk kategori terancam punah.

Item Type:Article
Keywords:Fiksimini; Bahasa Sunda; Susastera; Media sosial; Facebook
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12256
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 03:10
Last Modified:26 Oct 2018 23:15

Repository Staff Only: item control page