Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia

Fatimah Muhd Shukri, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 309-322. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
354kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah, apakah kandungan filem Sepet melayakkannya sebagai sebuah filem nasional Malaysia? Data artikel ini diperoleh daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan diaplikasikan sebagai kaedah untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, tesis, akhbar, majalah dan filem Sepet. Selain itu, konsep filem nasional oleh Cooke Lez (1999) diaplikasikan untuk meneliti aspek ikonografi dan pengucapan atau bahasa. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah, Sepet layak diangkat sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Dari sudut ikonografi, Sepet telah mengemukakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sebagai lambang identiti bangsa Malaysia. Ikonografi bangsa Malaysia ini dipaparkan melalui mise-en-scene filem ini dari sisi latar, pakaian dan props yang ditonjolkan sebagai sebahagian daripada ceritanya. Manakala dari sudut bahasa pula, Sepet telah menggunakan bahasa perbualan harian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Keistimewaan filem ini adalah penggunaan ketiga-tiga bahasa yang dituturkan sebagai medium komunikasi antara karakter-karakter filem Sepet. Keistimewaan ini adalah identiti utama, terutamanya, dalam mengasingkan filem nasional Malaysia dari filem-filem nasional negara lain. Oleh itu, filem Sepet memiliki suatu identiti khusus, iaitu penggunaan lebih dari satu bahasa dalam melayakkannya sebagai filem nasional Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa; Filem Nasional Malaysia; Ikonografi; Kebudayaan; Sepet (2005)
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12257
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 03:28
Last Modified:26 Oct 2018 23:16

Repository Staff Only: item control page