Hani Salwah Yaakup, (2018) Tombiruo: adaptasi novel ke filem dan representasi kepercayaan setempat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 323-337. ISSN 0128-1496
|
PDF
361kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
Abstract
Mengadaptasi novel ke filem bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman. Sejak zaman awal pengenalan filem kepada masyarakat, naskhah yang baik mahupun laris terjual diangkat menjadi naskhah filem setelahnya. Filem-filem awal Hollywood misalnya mengambil naskhah novel terkenal seperti novel bersiri penyiasatan Sherlock Holmes Baffled (1894) yang telah difilemkan pada tahun 1900 dan juga filem A Trip to The Moon (1902) arahan Georges Melies daripada novel From The Earth to the Moon (1865). Begitu juga yang terjadi dengan industri perfileman tempatan. Novel seperti Rumah Itu Duniaku (1951) karya Hamzah Hussin yang dijadikan filem pada tahun 1963. Setelah itu, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang difilemkan pada tahun 1983 serta menerima beberapa anugerah dalam Festival Filem ke-4 pada tahun yang sama. Malah, novel ini kemudiannya difilemkan oleh pengkarya dari Kemboja dengan tajuk Rice People (1994). Novel Juara (1976) oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan juga turut difilemkan di bawah arahan U Wei Haji Shaari pada tahun 1997 dan banyak lagi novel yang telah diadaptasikan kepada filem. Namun, naskhah yang diadaptasikan ini seringkali diselar kerana kurang atau tidak mampu mengangkat kesamaan penceritaan seperti naskhah novelnya. Ini lebih lagi dapat dilihat melalui ketidaktepatan representasi budaya setempat yang diangkat. Oleh itu, menerusi kajian ini, representasi kepercayaan setempat yang dipaparkan menerusi naskhah novel dan filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan dikenalpasti dan diperbincangkan. Untuk hal berkenaan, kajian akan dilihat menerusi pemaparan watak dan perwatakan serta elemen naratif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adaptasi; Novel ke filem; Representasi; Kepercayaan; Setempat |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 12258 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2018 03:34 |
Last Modified: | 26 Oct 2018 23:17 |
Repository Staff Only: item control page