Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa

Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2018) Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 338-353. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
609kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085

Abstract

Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan realiti dalam kehidupan dan realiti kehidupan yang diungkapkan dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks. Sebanyak empat Laporan dan rencana Bajet 2018 yang dimuat turun daripada laman sesawang dijadikan bahan kajian. Laporan dan rencana berkaitan Bajet 2018 ini seterusnya dianalisis beralaskan teori Semantik Umum. Hasil kajian mendapati bahasa yang digunakan dalam rencana Bajet 2018 dapat menggambarkan realiti kehidupan dan begitu juga sebaliknya. Penggunaan frasa, ‘berita gembira’ (Data 1), ‘ekonomi tengah tak sedap’, (Data 2), ‘menyentuh terus nukleus’ (Data 3), ‘mencari modal baharu’ (Data 4) dan ‘bajet inklusif’ (Data 6) telah menggambarkan realiti kehidupan dalam bahasa Melayu melalui elemen entiti, rujukan, ruang dan masa. Sementara itu, penggunaan ungkapan sinis ‘manis di mulut’ (Data 3), ‘mengorek kelompongan’ ‘modal mereka ke hulu ke hilir’ dan ‘mencari modal baharu’ (Data 4) memperlihatkan realiti dalam kehidupan dari segi rujukan dan persepsi. Seterusnya, penggunaan frasa ‘ekonomi tengah tak sedap’, ‘terasa terhimpit’ serta ‘mencari dan membuka peluang’ memperlihatkan satu rujukan yang berkaitan dengan realiti kehidupan masa kini. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa aplikasi Semantik Umum dalam kajian ini telah dapat membuktikan bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Realiti; Laporan Bajet 2018; Semantik umum; Konsep bahasa; Pemikiran
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:12259
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2018 03:39
Last Modified:26 Oct 2018 23:18

Repository Staff Only: item control page