Salinah Jaafar, and Huraizah Abd. Sani, and Rohaidah Haron, (2018) Perubahan fungsi dan makna peribahasa dalam laman Facebook. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 354-373. ISSN 0128-1496
|
PDF
383kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
Abstract
Peribahasa telah wujud dalam kehidupan masyarakat sejak dahulu lagi. Peribahasa disampaikan secara berkias dan halus bagi melambangkan serta menyampaikan sesuatu maksud tertentu secara tersirat. Peribahasa lahir dengan kewujudan bangsa dan hadir dengan kesusasteraan Melayu lama yang tidak direkodkan secara bertulis. Peribahasa disampaikan melalui bibir atau lisan dari mulut ke mulut hingga ke anak cucu. Peribahasa yang telah dihasilkan melambangkan bahawa akal pemikiran masyarakat Melayu ketika dahulu sentiasa berusaha untuk membentuk dan mendidik anak-anak melalui kata-kata yang mudah diingati dan sebagai peraturan, panduan dan nasihat dalam kehidupan seharian. Penyampaian peribahasa kini lebih meluas jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Kewujudan teknologi kini yang kian berkembang seiring dengan kemajuan dunia tanpa wayar telah berjaya menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Media sosial merupakan salah satu teknologi internet yang berjaya menjalin dan menghubungkan masyarakat seluruh dunia dengan lebih pantas. Penggunaan media sosial kian meningkat dari hari ke hari tanpa mengira usia dan juga golongan pengguna. Media sosial sering mendapat perhatian dalam penyampaian maklumat dengan cepat dan pantas tanpa ditapis atau disekat oleh mana-mana pihak. Penyampaian yang cepat dan berkesan ini menjadikan ia sebagai satu keperluan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Lanjutan dari itu, artikel ini akan membincangkan tentang perubahan fungsi dan makna peribahasa dengan fokus kajian terhadap data yang diambil dari laman sosial Facebook.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peribahasa; Facebook; Fungsi; Makna; Laman sosial |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 12261 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2018 04:07 |
Last Modified: | 26 Oct 2018 23:19 |
Repository Staff Only: item control page