Chee Keong, Yuen and Mohd. Subakir Mohd. Yasin, and Kesumawati Abu Bakar, and Azhar Jaludin, and Bahiyah Abdul Hamid, (2008) Unraveling linguistic sexism & sex role stereotyping in Malaysian English Language textbooks: the wordsmith tools way. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 9 . pp. 101-112. ISSN 1511-8393
|
PDF
55kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jmalim
Abstract
Analisis secara kuantitatif terhadap seksisme linguistik dan penonjolan peranan stereotaip gender yang wujud di dalam dokumen-dokumen bercetak seperti buku teks sekolah lazimnya dijalankan dengan menggunakan kaedah pengiraan peratusan. Dalam kajian lepas yang telah dijalankan di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Saedah Siraj (1990) ke atas buku teks bahasa Melayu dan oleh Chandran dan Mardziah Abdullah (2003) ke atas buku teks bahasa Inggeris telah menggunapakai kaedah pengiraan kekerapan secara tradisi iaitu secara manual di dalam menentukan prejudis gender. Kaedah pengiraan secara manual ini bukan sahaja mudah mengakibatkan ketidak tepatan penemuan dan analisis bahkan memakan masa yang lama untuk disiapkan, dan dengan tidak langsung akan mempengaruhi kesahihan dan integriti penemuan kajian berkenaan. Untuk mengatasi kelemahankelemahan di dalam analisis data ini, satu kaedah yang lebih mantap dan menjimatkan masa perlu digunakan. Berpandukan kepada satu kajian yang sedang dijalankan yang membuat analisis kandungan, lebih khususnya, analisis teks, makalah ini akan memaparkankan bagaimana instumen Wordsmith Tools 4 (Oxford University Press 2004) boleh dimanfaatkan untuk menganalisis dokumen bercetak dan dapat memberikan keputusan yang lebih sahih dan cekap dalam mengenal pasti seksisme linguistik dan penonjolan peranan stereotaip gender di dalam buku teks Bahasa Inggeris di Malaysia
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 1231 |
Deposited By: | mr Mustaffa Abu Bakar |
Deposited On: | 13 May 2011 01:00 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:29 |
Repository Staff Only: item control page