Keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan dari perspektif pelajar tingkatan enam

Noor Lela Ahmad, and Rohaila Yusof, and Rosmini Ismail, (2017) Keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan dari perspektif pelajar tingkatan enam. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (2). pp. 37-48. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
258kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pentaksiran baharu STPM bagi mata pelajaran Perakaunan terhadap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dinilai berdasarkan dua aspek iaitu pencapaian akademik dan kemahiran insaniah mengikut keperluan program transformasi pendidikan yang mengkehendaki pelajar dinilai secara holistik dan menyeluruh ke arah pengajian prauniversiti. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif secara soal selidik bagi mendapatkan data daripada enam puluh orang pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Perakaunan dari empat buah sekolah di daerah Melaka Tengah. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT (2006) dan modul Kavanagh dan Drennan (2008) untuk menjawab persoalan kajian. Analisis data menggunakan analisis min, frekuensi dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan sistem pentaksiran baharu memberi kebaikan dan kelebihan kepada pelajar STPM terutama sebagai persediaan ke institusi pengajian tinggi. Kemahiran insaniah seperti kemahiran teknikal, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran intelektual, kemahiran interpersonal dan kemahiran personal dapat dipupuk melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan kerja kursus yang digunakan oleh guru di dalam dan diluar bilik darjah. Dengan ini, kajian mencadangkan penambahbaikan berterusan dilakukan terhadap sistem pentaksiran baharu STPM supaya berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompetitif.

Item Type:Article
Keywords:Sistem pentaksiran; endidikan; Perakaunan; Kemahiran insaniah; Pencapaian
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:12350
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2018 02:55
Last Modified:19 Nov 2018 22:48

Repository Staff Only: item control page