Nurul Akhma Zakaria, and Ahmad Abas Kutty, and Mohd Akmal Mahazar, and Marina Zainal Abidin, (2018) Penggunaan spesies ikan air tawar terpilih sebagai penunjuk biologi pencemaran kromium dan selenium di Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 1969-1977. ISSN 0126-6039
|
PDF
387kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...
Abstract
Tiga spesies ikan air tawar iaitu Rasbora sumatrana (Cyprinidae), Poecilia reticulata (guppy; Poeciliidae) dan Carrasius auratus telah didedahkan kepada kromium (Cr) dan selenium (Se) yang mempunyai julat kepekatan yang berbeza selama 4 hari (96 jam) di dalam makmal. Kadar kematian dicatatkan dan kepekatan kematian ambang (LC50) dan masa kematian ambang (LT50) dihitung. Nilai LC50 kepekatan kematian median (LC50) dan masa kematian median (LT50) didapati berkurang dengan peningkatan kepekatan logam dan masa pendedahan bagi kesemua spesies ikan. Nilai LC50 bagi pendedahan selama 96 jam bagi R. sumatrana, P. reticulata dan C. auratus kajian ini masing-masing bagi Cr adalah 20.91, 19.85, 28.31 mg/L dan bagi Se pula 0.21, 3.03, 0.24 mg/L. Se mempamerkan ketoksikan paling tinggi terhadap tiga spesies ikan air tawar ini apabila mempunyai nilai LC50 96 jam paling rendah jika dibandingkan dengan Cr.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ikan; Kesensitifan; Ketoksikan akut; LC50; Logam berat |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12385 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Dec 2018 07:39 |
Last Modified: | 07 Dec 2018 23:18 |
Repository Staff Only: item control page