Kesan Gynura procumbens terhadap integriti DNA dan kualiti sperma mencit

Emynurshiela Anuar, and Umarqayum Abu Bakar, and Mahanem Mat Noor, (2018) Kesan Gynura procumbens terhadap integriti DNA dan kualiti sperma mencit. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 1991-1997. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...

Abstract

Masalah kesuburan disebabkan oleh faktor kelelakian semakin meningkat dan setakat ini belum ada rawatan yang berjaya menyelesaikan masalah ini. Gynura procumbens adalah antara herba yang dikatakan berpotensi merawat masalah ini. Pengambilan G. procumbens sebagai diet telah didapati meningkatkan bilangan dan motiliti sperma, namun kesan G. procumbens terhadap integriti DNA sperma masih tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan tindakan ekstrak G. procumbens terhadap integriti DNA dan kualiti sperma mencit jantan. Empat kumpulan mencit diberikan suapan paksa ekstrak G. procumbens (100, 200 dan 300 mg/mL) dan air suling selama 28 hari berturut-turut. Keputusan kajian menunjukkan ciri-ciri DNA nukleus sperma adalah normal dan nilai peratusan DNA utuh melebihi 92% pada semua kumpulan. Bilangan sperma bagi kesemua mencit yang menerima rawatan G. procumbens menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) berbanding kawalan (8.14 ± 1.06) × 106 dan kumpulan 300 mg/mL menunjukkan bacaan bilangan sperma tertinggi (16.54 ± 3.2) × 106. Kumpulan kepekatan 300 mg/mL ini turut mencatatkan peratus jumlah pergerakan progresif sperma yang paling tinggi iaitu sebanyak 49.52% berbanding 27.7% bagi kumpulan kawalan serta menunjukkan peringkat perkembangan sel spermatogen yang lengkap dan teratur. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa ekstrak G. procumbens tidak merosakkan DNA sperma serta meningkatkan beberapa parameter kesuburan mencit jantan.

Item Type:Article
Keywords:Asai komet; Gynura procumbens; Integriti DNA; Kualiti sperma
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12387
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Dec 2018 08:02
Last Modified:07 Dec 2018 23:20

Repository Staff Only: item control page