Biosensor nitrit optik berasaskan hemoglobin terpegun pada mikrosfera poliakrilat

Syamimi Haslan, and Tan, Ling Ling and Heng, Lee Yook and Ta, Goh Choo (2018) Biosensor nitrit optik berasaskan hemoglobin terpegun pada mikrosfera poliakrilat. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2027-2033. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...

Abstract

Biosensor optik berasaskan hemoglobin (Hb) terpegun pada mikrosfera poli(n-butil akrilat-co-N-akriloksisuksinimida) [poli(nBA-NAS)] telah dibangunkan bagi mengesan kepekatan ion nitrit (NO2-). Kompleks HEM ferum dalam Hb memangkinkan tindak balas penurunan ion NO2- kepada nitrik oksida (NO) lalu bergabung dengan deoksihemoglobin (HbFe2+) membentuk kompleks ferum-nitrosil-hemoglobin (HbFe2+-NO) yang berwarna hijau kekuningan. Spektrofotometer pantulan gentian optik digunakan untuk memantau kepekatan ion NO2- secara kuantitatif berdasarkan perubahan warna Hb terpegun pada mikrosfera poliakrilat daripada perang kemerahan ke hijau kekuningan pada panjang gelombang pantulan maksimum 668 nm. Pencirian terhadap biosensor nitrit reflektometrik melibatkan ujian kesan pH, kesan kepekatan Hb, julat rangsangan linear, kebolehasilan, jangka hayat dan kesan gangguan ion telah dijalankan. Biosensor ion NO2- optik terbangun memaparkan julat linear dinamik daripada 5 hingga 50 mg mL-1 (R2=0.9894) pada pH7.0 dengan had pengesanan (LOD) sebanyak 3.3 mg mL-1 dan nilai sisihan piawai relatif (RSD) kebolehasilan biosensor sebanyak 5.8%. Jangka hayat biosensor optik nitrit tersebut adalah selama 36 hari dan majoriti ion asing yang sering wujud bersama ion NO2- dalam sampel air semula jadi tidak menunjukkan kesan gangguan yang bererti terhadap penentuan ion NO2- menggunakan biosensor optik terbangun kecuali ion Hg2+, Ag+, Br- dan S2-.

Item Type:Article
Keywords:Biosensor; Hemoglobin; Mikrosfera akrilik; Penentuan nitrit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12391
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2018 01:22
Last Modified:07 Dec 2018 23:25

Repository Staff Only: item control page