Pengoptimuman parameter untuk penurunan diimida getah asli cecair dalam sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM)

Muhammad Jefri Mohd Yusof, and Nur Aidasyakirah Mohd Tahir, and Fazira Firdaus, and Siti Fairus M. Yusoff, (2018) Pengoptimuman parameter untuk penurunan diimida getah asli cecair dalam sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM). Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2055-2061. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
863kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...

Abstract

Getah asli cecair (LNR) dihasilkan daripada proses penyahpolimeran getah asli yang menghasilkan rantaian polimer lebih pendek dan berat molekular kurang daripada 105. Namun, LNR masih mempamerkan tahap degradasi dan ketahanan termal yang rendah seperti getah asli, disebabkan oleh kehadiran ikatan karbon ganda dua pada rantaian polimer. Dalam kajian ini, penurunan diimida menggunakan pengoksidaan hidrazin hidrat dengan hidrogen peroksida dijalankan untuk menghidrogenkan unit tidak tepu LNR. LNR terhidrogen (HLNR) dicirikan menggunakan spektrometer infra-merah (FTIR) dan spektrometer resonans magnetik nuklear (NMR). Pengoptimuman parameter tindak balas dilakukan dengan memanipulasi parameter masa dan suhu tindak balas berdasarkan kaedah rangsangan permukaan (RSM) dengan 5-aras-2-faktor reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD). Satu model kuadratik yang signifikan telah dihasilkan untuk menghubungkan dua parameter tersebut dengan nilai R2 adalah 0.9986, menunjukkan bahawa model yang terhasil adalah sangat sepadan dengan data uji kaji. Keputusan kajian menunjukkan bahawa peratus penghidrogenan boleh ditingkatkan sehingga 91.2%. Seterusnya, berdasarkan RSM, parameter yang optimum bagi penurunan diimida LNR ini didapati pada suhu 55.9oC selama 6.7 jam, menghasilkan 80.2% HLNR. Kajian ini telah menunjukkan reka bentuk uji kaji secara statistik yang novel bagi menghidrogenkan LNR. Pelbagai variasi peratus penghidrogenan produk HLNR dalam kajian ini menyumbang kepada lebih banyak aplikasi produk yang memerlukan peratusan ketepuan unit yang tertentu.

Item Type:Article
Keywords:Getah asli cecair; Kaedah rangsangan permukaan (RSM); Penghidrogenan; Pengoptimuman; Reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12394
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2018 01:51
Last Modified:07 Dec 2018 23:28

Repository Staff Only: item control page