Penghidrogenan getah asli cecair menggunakan sistem mangkin selenium

Nur Aidasyakirah Mohd Tahir, and Mohamad Shahrul Fizree Idris, and Muhammad Jefri Mohd Yusof, and Siti Fairus M. Yusoff, (2018) Penghidrogenan getah asli cecair menggunakan sistem mangkin selenium. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2073-2082. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
933kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...

Abstract

Kaedah rangsangan permukaan (RSM) dengan reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD) telah digunakan untuk mengoptimumkan parameter bagi penghidrogenan getah asli cecair (LNR) dalam sistem hidrazin hidrat (HH) dan hidrogen peroksida (H2O2) dengan kehadiran selenium sebagai mangkin. Parameter yang dikaji bagi tindak balas ini adalah nisbah mol HH:LNR (1.25-2.25), nisbah mol H2O2:LNR (1.25-2.25), suhu (40-80°C) dan masa tindak balas (4-8 jam). Berdasarkan data yang diperoleh, penghasilan getah asli cecair terhidrogen (HLNR) sesuai dijelaskan dengan model kuadratik. Model kuadratik ini mempunyai nilai pekali penentuan (R2) sebanyak 0.9596 yang menunjukkan korelasi yang tinggi antara peratus penghidrogenan sebenar dengan peratus yang telah diramalkan. Berdasarkan plot permukaan tindak balas 3D, suhu tindak balas memainkan peranan penting dalam penghidrogenan LNR. Keadaan optimum yang diperoleh melalui RSM bagi kajian ini adalah nisbah mol HH:LNR pada 1.50, nisbah mol H2O2:LNR pada 2.00, suhu tindak balas pada 53.34°C dengan masa tindak balas selama 5.21 jam yang memberikan peratusan penghidrogenan HLNR sebanyak 68.98%. Persamaan polinomial kuadratik yang diperoleh daripada RSM ini berguna untuk menghasilkan HLNR dengan peratusan penghidrogenan yang dikehendaki.

Item Type:Article
Keywords:Getah asli cecair (LNR); Kaedah rangsangan permukaan (RSM); Penghidrogenan; Reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD); Selenium
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12396
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2018 03:18
Last Modified:07 Dec 2018 23:29

Repository Staff Only: item control page