Nadhratun Naiim Mobarak, and F.N. Jantan, and N.A. Dzulkurnain, and A. Ahmad, and M.P. Abdullah, (2018) Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia karboksimetil kitosan. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2091-2098. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...
Abstract
Karboksimetil kitosan menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai polimer induk bagi aplikasi elektrolit polimer pepejal. Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan telah dijalankan. Elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan disediakan melalui teknik pengacuan larutan dengan nisbah garam litium nitrat (LiNO3) yang berbeza. Pencirian filem telah dijalankan dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier-pantulan penuh kecil (ATR-FTIR) dan Spektroskopi Impedans Elektrokimia (EIS) bagi penentuan interaksi kimia dan sifat elektrokimia polimer elektrolit tersebut. Spektrum ATR-FTIR menunjukkan ion litium cenderung untuk berinteraksi dengan kumpulan karbonil dan kumpulan ester dalam struktur karboksimetil kitosan. Kekonduksian ion tertinggi yang dicapai adalah 8.44 × 10-4 S cm-1 dengan kepekatan garam 30 bt. % LiNO3 pada suhu bilik dan 5.25 × 10-3 S cm−1 pada suhu 70°C. Filem karboksimetil kitosan-30% LiNO3 mencapai kestabilan secara elektrokimia sehingga 2.94 V. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan memberi satu tarikan baru bagi aplikasi bateri ion litium.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Elektrolit polimer pepejal; FTIR; Karboksimetil kitosan; Sifat elektrokimia |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12398 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Dec 2018 03:43 |
Last Modified: | 07 Dec 2018 23:31 |
Repository Staff Only: item control page