Penentuan kepekatan aktiviti radionuklid tabii 232th, 238u dan 40k dalam ikan di Pesisiran Pantai Terengganu, Malaysia

M.N.R Rosli, and Supian Samat, and Muhamad Samudi Yasir, and MF Mohd Yusof, (2018) Penentuan kepekatan aktiviti radionuklid tabii 232th, 238u dan 40k dalam ikan di Pesisiran Pantai Terengganu, Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2151-2156. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num9_2...

Abstract

Penentuan 232Th, 238U dan 40K dalam 10 spesies ikan yang ditangkap dari 3 lokasi di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Malaysia menggunakan teknik ICP-MS. Tahap kepekatan aktiviti (Bq kg-1 berat kering) didapati berbeza daripada 2.72 × 10-4 ± 1.96 × 10-4 hingga 50.66 × 10-4 ± 34.57 × 10-4 bagi 232Th, 0.96 × 10-3 ± 0.37 × 10-3 hingga 10.04 × 10-3 ± 5.09 × 10-3 bagi 238U dan 36.70 ± 17.53 hingga 82.38 ± 27.65 bagi 40K. Berdasarkan kepekatan aktiviti radionuklid, dos berkesan tahunan dan risiko kanser telah dianggarkan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa dos berkesan kolektif (mSv tahun-1) dianggarkan 2.47 × 10-5 bagi 232Th, 6.52 × 10-6 bagi 238U dan 1.9 × 10-2 bagi 40K adalah jauh lebih rendah daripada saranan UNSCEAR. Risiko kanser bagi orang dewasa yang dianggarkan daripada dos berkesan tahunan adalah 66.9 × 10-6. Nilai ini adalah jauh lebih rendah daripada faktor risiko kanser UNSCEAR iaitu 8.4 × 10-3 dan faktor risiko kanser ICRP sebanyak 3.5 × 10-3. Kajian ini menyimpulkan bahawa dos yang diterima oleh penduduk setempat hasil daripada pengambilan ikan agak rendah dan tidak membahayakan kesihatan manusia dan selamat untuk dimakan.

Item Type:Article
Keywords:Dos dedahan dalaman; Kepekatan aktiviti; Radionuklid tabii; Risiko kanser; Spektrometri jisim-plasma gandingan teraruh
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12406
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2018 03:41
Last Modified:07 Dec 2018 23:41

Repository Staff Only: item control page