Penambahbaikan Sumber Jabatan Kecemasan menggunakan kaedah simulasi dan analisis pengumpulan data

Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin, and Wan Rosmanira Ismail, and Husyairi Harunarashid, (2018) Penambahbaikan Sumber Jabatan Kecemasan menggunakan kaedah simulasi dan analisis pengumpulan data. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2231-2240. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
495kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil9_2...

Abstract

Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Kaedah simulasi digunakan bagi membina model jabatan kecemasan dengan pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan berdasarkan zon atau ruang rawatan. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan ini mengandungi konfigurasi bilangan sumber jabatan yang baru. Enam model gabungan yang digunakan terdiri daripada Model CCR dan Set Rujukan, Model BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Kecekapan-Super, Model BCC dan Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEA-CCR dan Kecekapan Silang dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang. Model Bi-Objektif MCDEA-BCC merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Keputusan kajian menunjukkan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap yang paling kecil berbanding model-model gabungan lain. Melalui model gabungan ini juga satu alternatif penambahbaikan yang optimum yang telah dicadangkan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Zon Hijau sebanyak 51% manakala peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambahbaik agar lebih munasabah. Alternatif ini memerlukan susun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal.

Item Type:Article
Keywords:Analisis Pengumpulan Data; Jabatan kecemasan; Kesesakan; Pengoptimuman sumber; Simulasi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12418
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2018 06:58
Last Modified:07 Dec 2018 23:48

Repository Staff Only: item control page