Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil

Saraswathy Pormalu @ Perumal, and Rohaidah Kamaruddin, and Paramasivam Muthusamy, and Ayuni Mohamad Bakari, and Husna Hidayah Mansor, (2017) Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (1). pp. 45-55. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-1/

Abstract

Sikap murid-murid dalam pembelajaran bahasa kedua didapati mempengaruhi proses pembelajaran bahasa tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid-murid terhadap ‘Pembelajaran Bahasa Kedua’ iaitu, Pembelajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai Bahasa Kedua (B2) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam (SJKT BM), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini akan merangkumi sikap murid terhadap pembelajaran bahasa kedua iaitu ‘Bahasa Melayu’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian BM murid-murid SJKT BM dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013; meninjau sikap murid-murid terhadap pembelajaran BM Bahasa Kedua di SJKT BM dari aspek kognitif, afektif dan konatif; serta mengenal pasti dan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap positif dan negatif murid-murid terhadap pembelajaran BM sebagai B2. Kajian ini adalah kajian kuantitatif secara ringkas dan kualitatif yang melibatkan seramai 87 orang murid SJKT BM, Pulau Pinang yang telah menduduki UPSR pada tahun 2013. Data kajian adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR bagi mata pelajaran BM sahaja. Dari segi kognitif, didapati bahawa kesemua murid menyatakan kepentingan dan kesedaran BM. Terdapat juga murid-murid yang gagal dalam pembelajaran bahasa kedua ini, walaupun mereka memberi keutamaan kepada bahasa tersebut. Hal ini bergantung kepada tahap pembelajaran dan pengalaman lampau mereka. Manakala, dari aspek afektif pula semua pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran bahasa kedua ini. Hanya murid-murid yang lemah dan belajar di kelas terakhir sahaja, rasa kurang selesa dengan pembahagian kelas secara kaedah ‘streaming’ berdasarkan keputusan ‘Ujian Diagnosis’(UG) yang diadakan pada awal tahun. Di samping itu, murid-murid turut menonjolkan kesungguhan dalam pembelajaran bahasa kedua dari aspek konatif. Malah, mereka memperlihatkan keinginan mereka untuk terus mengukuhkan pembelajaran bahasa kedua di sekolah menengah nanti. Kajian ini merumuskan supaya kaedah pembelajaran bahasa kedua, iaitu BM yang dipraktikkan perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid sekolah rendah, terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Malaysia. Langkah ini pasti akan menjanjikan tahap prestasi yang tinggi dalam pembelajaran bahasa kedua kelak di SJKT.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran bahasa kedua; Sikap; Kognitif; Afektif, Konatif
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12436
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Dec 2018 01:43
Last Modified:10 Dec 2018 23:28

Repository Staff Only: item control page