Agama dan budaya berpisah tiada: tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah

Abd Hakim Mohad, and Ros Aiza Mohd Mokhtar, (2017) Agama dan budaya berpisah tiada: tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). pp. 3-12. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/

Abstract

Agama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan etnografi di Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit).

Item Type:Article
Keywords:Agama; Budaya; Adat; Murut Tahol; Sabah
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12437
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2018 03:18
Last Modified:12 Dec 2018 13:47

Repository Staff Only: item control page