Hashim Musa, and Rozita Che Rodi, (2017) Raja Ali Haji: cendekiawan ulung dan pemikir besar merentas zaman. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). pp. 13-28. ISSN 2289-1706
|
PDF
252kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/
Abstract
Menerokai khazanah bangsa Melayu yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu akan menemukan kita kepada pelbagai sumber keagungannya. Artikel ini akan menghuraikan sumbangan besar tokoh pemikir ulung terdahulu, iaitu Raja Ali Haji melalui kupasan dua buah karya hebatnya yang menceritakan tentang tradisi pengajian bahasa Melayu berdasarkan maksud dan matlamat pengajian bahasa yang digariskan oleh tradisi pengajian Islam, iaitu Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Bustan al-Katibin dihasilkan ketika beliau berumur kira-kira 40 tahun (1850 M), manakala Kitab Pengetahuan Bahasa siap ditulis kira-kira lapan tahun kemudian (1858 M) walaupun dicetak hanya pada tahun 1927/1929 M, iaitu kira-kira 55/57 tahun sesudah kematian penulisnya yang dianggarkan pada tahun 1872 M. Kedua-dua karya beliau itu mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada para pengkaji, terutamanya pengkaji yang berlatarbelakangkan tradisi kesarjanaan Barat. Artikel ini turut mengupas kesan dua buah karya agung itu yang mengikut U.U.Hamidy (1981) telah diterima pakai sebagai teks rujukan dan pengajaran pada penghujung abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh di madrasah dan sekolah di Kepulauan Riau, Johor dan Singapura. Di sinilah letaknya nilai dan harga yang amat tinggi pada kedua-dua buah karya Raja Ali Haji apabila Johor-Riau-Singapura telah mencetuskan kemunculan bibitbibit pertama karya persuratan Melayu moden pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam bentuk tulisan kreatif dan deskriptif prosa dan puisi. Demi melahirkan manusia Melayu yang berbudi bahasa yang tinggi, beradab sopan dan berbudi pekerti yang mulia, maka Raja Ali Haji dalam Kitab Pengetahuan Bahasa menghuraikan kaedah penyemaian adab dalam sembilan aspek pergaulan dan kegiatan hidup.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cendekiawan ulung; Karya agung Melayu; Bustan al-Katibin; Kitab Pengetahuan Bahasa |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12438 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Dec 2018 03:32 |
Last Modified: | 12 Dec 2018 13:48 |
Repository Staff Only: item control page