Kanak-kanak belajar membaca menggunakan buku cerita dwibahasa

Mukhlis Abu Bakar, (2017) Kanak-kanak belajar membaca menggunakan buku cerita dwibahasa. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). pp. 29-41. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
237kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/

Abstract

Dalam sistem pendidikan Singapura, dua bahasa wujud secara berasingan: bahasa Inggeris bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains manakala bahasa Ibunda dipelajari sebagai satu mata pelajaran. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa pendekatan ini, dalam suasana kehidupan masyarakat yang di dominasi bahasa Inggeris, bukanlah yang terbaik untuk menghasilkan pelajar yang selesa dan cekap menggunakan bahasa Ibunda di samping bahasa Inggeris. Kadar kanak-kanak Singapura yang lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris di rumah daripada bahasa Ibunda telah meningkat tahun demi tahun, menjejaskan pelestarian bahasa Ibunda sebagai bahasa seharian. Dalam usaha mengembalikan minat dan keupayaan kanak-kanak Melayu membaca dalam bahasa Melayu, kajian yang dilaporkan dalam kertas kerja ini menyelidiki nilai strategi yang melibatkan kanak-kanak prasekolah membaca bersama ibu bapa dan rakan sebaya dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan menggunakan buku cerita dwibahasa. Sepuluh kanak-kanak prasekolah menyertai sesi membaca dengan ibu bapa mereka di rumah dan dengan rakan-rakan di sekolah selama enam bulan. Analisis nota lapangan dan data temu bual menunjukkan bahawa kanak-kanak sedar akan perbezaan binaan kata, bunyi bahasa dan ejaan antara bahasa. Penggunaan strategi merentas bahasa termasuk amalan dwibahasa yang meliputi alih kod, terjemahan, dan pembinaan kosa kata dwibahasa. Satu kekuatan khusus buku dwibahasa ialah perancah yang disediakan bagi membantu kanak-kanak membaca dalam bahasa yang mereka belum kuasai. Peranan ibu bapa penting dalam memberi sokongan agar anak-anak dapat menggunakan Bahasa Ibunda dengan baik di samping Bahasa Inggeris dalam suasana yang mana kanak-kanak ini sudah mula tidak menggunakan bahasa Ibunda dengan aktif.

Item Type:Article
Keywords:Kedwibahasaan; Dwiliterasi; Buku dwibahasa; Bahasa Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12439
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Dec 2018 03:45
Last Modified:12 Dec 2018 13:49

Repository Staff Only: item control page