Raimy Ché-Ross, and Zahir Ahmad, and Mohd. Taufik Arridzo Ahmad Balwi, (2017) Menjejaki warisan khazanah manuskrip dan buku nadir Melayu di Cambridge University Library. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). pp. 57-72. ISSN 2289-1706
|
PDF
651kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/
Abstract
Perhatian pengkaji manuskrip dan buku nadir Melayu di Great Britain seringkali tertumpu kepada bahan yang mudah dicapai di institusi terkenal di ibu kota negara tersebut sahaja, misalnya di The British Library, School of Oriental & African Studies (SOAS) dan The Royal Asiatic Society. Sebaliknya, koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu yang lain di United Kingdom jarang sekali diterokai pengkaji tempatan. Salah satu khazanah persuratan Melayu yang sungguh bermakna bagi warisan peradaban dunia Melayu adalah koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu yang terpelihara di Cambridge University Library (CUL). Antara lain, koleksi ini mengandungi naskhah-naskhah manuskrip Melayu tertua di dunia dan codex unicus buku-buku cetak batu Melayu yang diperoleh dari Ceylon, Labuan dan Singapura pada suku ketiga kurun ke-19. Makalah ini berhasrat untuk memperkenalkan koleksi ini kepada khalayak baru melalui sebuah perbincangan awal mengenai ‘provenance’ atau latar sejarah pemilikan bahan Melayu di CUL, khasnya Koleksi Richard James Wilkinson (1867-1941). Koleksi Wilkinson ini merupakan bahan rujukan teras bagi penulisan magnum opus beliau, ‘A Malay-English Dictionary’ (1903), serta tulisannya dalam siri ‘Papers on Malay Subjects’ (1907-1911). Salah satu manuskrip yang baharu dikenal pasti judulnya di dalam koleksi Wilkinson ini pula ialah sebuah naskhah Hikayat Pahang yang tidak pernah diperkatakan secara terperinci sebelum ini. Makalah ini akan menyampaikan maklumat baru mengenainya, selain membincangkan koleksi manuskrip-manuskrip Hikayat Pahang yang diketahui keberadaannya pada ketika ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cambridge University Library; Malay manuscripts; Hikayat Pahang |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12441 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Dec 2018 04:00 |
Last Modified: | 12 Dec 2018 13:53 |
Repository Staff Only: item control page