Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2017) Nilai pendidikan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam pantun dan peribahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (2). pp. 73-85. ISSN 2289-1706
|
PDF
306kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/
Abstract
Pantun dan Peribahasa Melayu mengungkapkan nilai kemasyarakatan, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan dan nilai pendidikan. Kedua-dua warisan bangsa ini b e g i t u s i n o n i m d e n g a n p e m i k i r a n d a n k e b u d a y a a n masyarakat Melayu, namun kajian terperinci tentang kedua-dua genre ini belum menyeluruh. Justeru tujuan makalah ini adalah untuk mengenal pasti elemen yang mempamerkan nilai pendidikan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu yang terdapat dalam pantun dan peribahasa Melayu dan menjelaskan sejauh manakah elemen yang terdapat dalam pantun dan peribahasa Melayu dapat menyingkap nilai falsafah bangsa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual. Sebanyak 10 orang responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data pantun dipilih daripada buku Kurik-kurik Kundi Merah Saga manakala data peribahasa dipilih daripada buku Peribahasa Melayu – Penelitian Nilai dan Makna. Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif menggunakan teori beralas (Grounded Theory) dengan berlandaskan pendekatan etnometodologi, teori Kognitif-Konstruktiviti dan pendekatan pragmatik. Hasil kajian mendapati aspek leksikal yang digunakan dalam pantun dan peribahasa jelas mencerminkan aspek pengetahuan, pemikiran, dan falsafah bangsa Melayu. Malahan bentuk bahasa yang diungkapkan dalam pantun dan peribahasa turut mempamerkan nilai pendidikan dan kebijaksanaan bangsa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pantun; Peribahasa; Pendidikan; Falsafah; Kebijaksanaan Melayu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12442 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Dec 2018 04:24 |
Last Modified: | 12 Dec 2018 13:55 |
Repository Staff Only: item control page