Pembelajaran Bahasa Melayu dalam era globalisasi: kajian penggunaan translanguaging

Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor, (2017) Pembelajaran Bahasa Melayu dalam era globalisasi: kajian penggunaan translanguaging. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (3). pp. 1-20. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-3/

Abstract

Dalam konteks pendidikan dwi-bahasa yang berpusatkan bahasa Inggeris dan perancangan bahasa yang berpaksikan bahasa Mandarin, Singapura menghadapi cabaran getir dalam bukan sahaja melestarikan bahasa Melayu, tetapi menentukan kewujudan berterusan bahasa tersebut dalam konteks sebuah negara kosmopolitan. Banci penduduk 2015 menunjukkan peratusan keluarga Melayu menggunakan bahasa Melayu di rumah semakin menurun dibandingkan dengan penggunaan bahasa Inggeris (www.singstat.gov.sg) Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Singapura melalui Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang telah memberi geran kajian untuk meninjau penggunaan bahasa lazim (bahasa yang sering digunakan pelajar – bahasa Inggeris) untuk mencapai objektif pembelajaran bahasa sasaran (bahasa yang hendak dipelajari – bahasa Melayu). Kertas kerja ini meninjau konsep pembelajaran bahasa dengan menggunakan pendekatan translanguaging di sebuah sekolah rendah di Singapura. Pengkaji akan menjelaskan konsep translanguaging serta pengimplementasiannya dalam kelas tersebut. Selain daripada itu, kertas kerja ini juga akan menjelaskan cabaran yang dihadapi serta saranan untuk meluaskan penggunaan pendekatan ini dalam konteks penggunaan bahasa Melayu terhadap mereka yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Kajian awal menunjukkan pencapaian pemahaman semakin meningkat apabila bahasa lazim pelajar digunakan dalam pembelajaran bahasa sasaran.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran Bahasa Melayu; Era globalisasi; Translanguaging
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12445
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 01:32
Last Modified:21 Dec 2018 21:33

Repository Staff Only: item control page