Keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran penterjemahan peribahasa

Nurul Huda Mohd Saad, and Rafidah Abd. Karim, and Farahidatul Akmar, and Zainab Mohd Zain, (2017) Keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran penterjemahan peribahasa. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (3). pp. 1-18. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-3/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam mengukuhkan kemahiran menterjemah peribahasa dalam kalangan pelajar semester I yang mengambil mata pelajaran penterjemahan. Responden kajian terdiri daripada pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Melaka, Malaysia. Sebanyak tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra, dan ujian pasca. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dijalankan dalam bentuk lembaran kerja, pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik, mendapat markah yang rendah dalam ujian yang telah dijalankan, dan kurang aktif dalam pembelajaran. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah melaksanakan kaedah permainan bahasa melalui aktiviti permainan kad yang mengehendaki pelajar menyuaipadankan setiap peribahasa dalam bahasa sumber ke peribahasa bahasa sasaran. Peribahasa yang dipilih ialah peribahasa bahasa Inggeris yang mempunyai padanan dengan peribahasa bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif pada pelajar yang lemah. Di akhir sesi, semua pelajar dapat menterjemah peribahasa dengan baik dan betul. Pelajar juga lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, pelajar turut memberikan kerjasama yang memberangsangkan serta menyeluruh pada sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar menunjukkan minat yang mendalam dalam pembelajaran yang berintegrasikan permainan kerana mereka dapat belajar dalam suasana yang informal dan menyeronokkan. Dengan itu, kaedah permainan bahasa merupakan inovasi dalam P&P yang berkesan dan berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah permainan bahasa; Penterjemahan; Peribahasa; Permainan kad; Bahasa sumber; Bahasa sasaran
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12446
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 01:44
Last Modified:21 Dec 2018 21:35

Repository Staff Only: item control page