Unsur alam dan masyarakat dalam teks terjemahan Bahasa Melayu Surah ar-Rahman

Salinah Jaafar, (2017) Unsur alam dan masyarakat dalam teks terjemahan Bahasa Melayu Surah ar-Rahman. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (3). pp. 1-23. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-3/

Abstract

Unsur alam amat berkait rapat dengan dunia dan pemikiran masyarakat Melayu. Perlambangan alam seringkali digunakan untuk mengungkapkan pelbagai idea dan maksud tentang amalan, pegangan dan budaya kehidupan masyarakat Melayu. Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku di sekeliling kehidupan manusia tidak mungkin dapat dipisahkan dengan alam. Kehidupan masyarakat pula adalah berlandaskan agama. Masyarakat Melayu yang secara umumnya digolongkan sebagai orang yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Bagi memahami Islam masyarakat Melayu belajar membaca al-Quran dan bagi memahami makna setiap bait dalam al-Quran pula dibuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja memudahkan penganut agama Islam memahami maksud setiap ayat, tetapi juga membantu dalam menghayati ajaran agama Islam itu sendiri. Surah ar-Rahman terdiri daripada 78 ayat yang mengandungi banyak unsur alam. Hampir semua ayat dalam surah ini dikaitkan dengan alam. Setiap aspek yang dihuraikan dalam surah ini banyak berkisar tentang peri pentingnya hubungan Pencipta dengan manusia dan alam. Kertas ini akan meneliti teks terjemahan surah ar-Rahman dalam bahasa Melayu dan mengaitkan bagaimana unsur alam dan masyarakat yang diterjemahkan dapat difahami. Objektif kajian adalah untuk melihat sejauh mana terjemahan yang dilakukan dalam bahasa Melayu dapat memenuhi sistem budaya masyarakat Melayu terhadap lingkungan alam sekeliling.

Item Type:Article
Keywords:Surah ar-Rahman; Alam; Masyarakat; Budaya; Makna
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12447
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 03:46
Last Modified:21 Dec 2018 21:37

Repository Staff Only: item control page