Bahasa Melayu Negeri Sembilan dan isu imperialisme linguistik

Idris Aman, and Mohammad Fadzeli Jaafar, and Norsimah Mat Awal, (2018) Bahasa Melayu Negeri Sembilan dan isu imperialisme linguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (1). pp. 11-26. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/

Abstract

Dari sudut sejarah, kawasan yang kini dinamakan Negeri Sembilan selain menerima pengaruh asing seperti Melaka, Johor, Siak, dan Minangkabau, juga memiliki penduduk asal. Bagaimanapun, pengaruh Minangkabau lebih ketara apabila masyarakat di kawasan ini menerima pakai sistem sosial adat perpatih. Kesan kontak itu adalah sering berlaku silap faham tentang Negeri Sembilan kini. Apabila disebut Negeri Sembilan, orang awam terus merujuknya sebagai ‘Minang’. Stereotaip ini lebih ketara dalam kes bahasa. Dengan itu, tujuan kajian ini ialah mengenal pasti dan menghuraikan ciri bunyi asli bahasa Negeri Sembilan (BNS) berbanding bahasa Minangkabau (BMkb). Berasaskan tujuan pertama, tujuan kedua ialah merumus dan menjelaskan isu imperialisme linguistik BMkb ke atas BNS. Ciri unik BNS diuji melalui penyebutan 100 perkataan oleh 30 orang informan penutur BNS dan BMkb di Malaysia dan Sumatera. Hasil kajian mendapati 13 (76%) bunyi di pelbagai kedudukan dalam kata adalah unik BNS, dan hanya empat (24%) bunyi yang sama dengan BMkb. Sekurang-kurangnya sembilan daripada 17 ciri fonologi itu pula adalah mirip variasi bahasa Melayu Selatan Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Perak Selatan hingga Johor dan bahasa standard. Dapatan tersebut memperlihatkan bahawa, daripada segi fonologi BNS adalah bebas imperialisme linguistik BMkb. Kalaupun daripada segi sejarahnya dikatakan sebahagian penduduk Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, tetapi setelah lebih 600 tahun, ditambah dengan keterpisahan dengan wilayah asal oleh laut, asimilasi dan integrasi dengan penduduk asal serta wilayah lain di sekitarnya, BNS bangkit dan membentuk identiti linguistik sendiri, khususnya fonologi.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Negeri Sembilan; Bahasa Minangkabau; Stereotaip; Imperialisme linguistik; Fonologi
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12452
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 07:27
Last Modified:21 Dec 2018 21:47

Repository Staff Only: item control page