Makanan ‘berangin’ dan ‘berbisa’ dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkusitif

Julaina Nopiah, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Junaini Kasdan, (2018) Makanan ‘berangin’ dan ‘berbisa’ dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkusitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (1). pp. 27-40. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/

Abstract

Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej yang jelas. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan bisa. Contohnya, labu mewakili makanan berunsur angin dan keli mewakili makanan berunsur bisa. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri yang dibawa oleh makanan yang berunsur ‘angin-bisa’ khususnya yang berkaitan tingkah laku penuturnya. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur angin seperti labu mempunyai tingkah laku ‘sombong’ dan’ bermegah’. Sementara makanan berunsur bisa seperti ikan keli menunjukkan tingkah laku ‘merungut-rungut’ dan ‘curang’. Kajian berlandaskan korpus dan semantik inkuisitif ini telah berjaya membuktikan bahawa wujudnya hubungan antara makanan dan rupa objek dengan unsur-unsur makanan, khususnya unsur angin dan bisa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya, khususnya berkaitan gastronomi Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Peribahasa; Makanan; Angin; Bisa; Semantik inkuisitif
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12453
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 07:40
Last Modified:21 Dec 2018 21:48

Repository Staff Only: item control page