Penggunaan Bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu

Masitah Muhammadin, and Rohaidah Kamaruddin, and Sharil Nizam Sha’ri, (2018) Penggunaan Bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (1). pp. 41-50. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
248kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/

Abstract

Papan tanda premis perniagaan adalah papan tanda yang dipasang secara tetap oleh syarikat atau peniaga di sesebuah premis perniagaan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna mengenai barang keluaran, pengeluaran, perniagaan tred, firma, organisasi, institusi ataupun maklumat lain yang dijalankan di premis tersebut. Namun begitu, terdapat kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang ditemui di tempattempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Justeru, kesalahan dan kecelaruan ini sewajarnya diterokai serta dikaji bagi mengenal pasti bentuk kesalahan, faktor-faktor berlakunya hal sedemikian dan menganalisis aspek kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kesalahan penggunaan ejaan, membincangkan faktor-faktor kesalahan penggunaan ejaan, dan menganalisis aspek kesalahan penggunaan ejaan pada papan tanda atau iklan daripada segi struktur kata. Kajian ini menggunakan kaedah dan tatacara yang merangkumi pemilihan kawasan, pengutipan data di lapangan, penyaringan dan pengekodan data kajian, penganalisisan dan pentafsiran data.

Item Type:Article
Keywords:Papan tanda; Premis perniagaan; Peniaga; Pengguna
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12454
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2018 07:43
Last Modified:21 Dec 2018 21:49

Repository Staff Only: item control page