Syazana Sahari, and Zamri Mahamod, (2018) Persepsi guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah daerah Sri Aman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (1). pp. 63-78. ISSN 2289-1706
|
PDF
275kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-1/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu daripada segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Seramai 90 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dari 3 bahagian iaitu bahagian zon Sri Aman, Zon Undup dan Zon Lingga. Ketiga-tiga zon ini adalah dari daerah Sri Aman. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 22.0 bagi menganalisis data deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t. Hasil kajian menunjukkan nilai purata min bagi pemahaman (min = 3.389) guru Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Sementara empat lagi aspek yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.676), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.70 ), tahap sikap (min = 3.62) dan tahap penilaian (min = 3.57) guru Bahasa Melayu terhadap KBAT menunjukkan purata nilai min berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT di samping memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat seperti KPM bagi membantu guru menerapkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam Bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran berfikir aras tinggi; Pengajaran dan pembelajaran; Guru Bahasa Melayu; Sekolah rendah |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12456 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Dec 2018 07:56 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 21:53 |
Repository Staff Only: item control page