Analisis rangka rujuk silang dalam pantang larang Suku Kedayan di Brunei: fokus kepada aspek kehamilan dan bersalin

Ernie Zahdina Haji Md Seruddin, (2018) Analisis rangka rujuk silang dalam pantang larang Suku Kedayan di Brunei: fokus kepada aspek kehamilan dan bersalin. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). pp. 17-27. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
224kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/

Abstract

Artikel ini menganalisis pantang larang suku Kedayan dengan berfokus kepada pantang larang ketika mereka sedang hamil dan bersalin (atau semasa berpantang). Data kajian ini ialah menganalisis pantang larang kategori amalan kesihatan. Daripada segi kerangka teori, penulis menggunakan Rangka Rujuk Silang dalam bidang pragmatik untuk menganalisis data. Dalam hal ini, penulis memilih sebuah terbitan yang mengulas Rangka Rujuk Silang secara mendalam, yang dihasilkan oleh Matsui (2000). Rangka Rujuk Silang berupaya menentukan andaian-andaian atau konteks yang diperlukan untuk mentafsir ujaran pantang larang. Secara teorinya, jika sesuatu ujaran mengandungi andaian konteks yang banyak, maka kesan konteks akan menjadi tinggi dan seterusnya kos memproses menjadi rendah. Ini seterusnya menyebabkan sesuatu ujaran itu menjadi relevan untuk pendengar. Dalam hal ini, pantang larang dalam kategori amalan kesihatan mampu dikenal pasti andaian-andaian implikatur atau andaian rujukannya dengan berdasarkan anteseden ataupun maklumat konteks budaya yang terdapat pada pendengar. Rangka rujuk silang yang dibentuk juga bersifat nyata dan dapat dicapai daripada maklumat ensiklopedia pendengar.

Item Type:Article
Keywords:Kedayan; Hamil; Bersalin; Rangka Rujuk Silang; Teori Relevan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12470
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 03:22
Last Modified:21 Dec 2018 22:11

Repository Staff Only: item control page