Perbezaan budaya dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee

Muhammad Nur Akmal Rosli, and Rohaidah Kamaruddin, (2018) Perbezaan budaya dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). pp. 39-54. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/

Abstract

Penterjemahan merupakan satu bidang yang menghubungkan dua budaya berbeza dalam dua kelompok masyarakat yang berbeza. Bidang penterjemahan berfungsi sebagai medium untuk memperkenalkan budaya asing kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham. Kajian ini dilaksanakan bagi membincangkan perbezaan budaya dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee yang melibatkan budaya Melayu dan budaya barat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan terjemahan yang terdapat dalam lagu-lagu P. Ramlee dan membincangkan perbezaan budaya yang terdapat dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee. Tiga buah lagu P. Ramlee telah dijadikan sebagai bahan kajian iaitu lagu Aci-aci Buka Pintu, Mencece dan lagu Bunyi Gitar. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kesalahan dalam terjemahan lirik lagu tersebut. Kesalahan ini telah dinyatakan dan perbezaan budaya dalam terjemahan itu turut dibincangkan dalam kajian ini. Antara perbezaan budaya yang dikesan ialah hubungan sosial, ekologi, peribahasa dan kiasan, warna, ungkapan lisan, kepercayaan masyarakat, kebendaan dan peralatan. Kajian ini diharapkan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai budaya masyarakat luar yang berbeza dengan budaya masyarakat tempatan. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau bacaan kepada sesiapa sahaja sekiranya hendak menjalankan kajian dalam bidang yang sama bagi tujuan penambahbaikan demi kepentingan bersama.

Item Type:Article
Keywords:Penterjemahan; Perbezaan budaya; Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12472
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 03:35
Last Modified:21 Dec 2018 22:12

Repository Staff Only: item control page