Dialek Melayu di Perak: analisis geolinguistik

Nor Hashimah Jalaluddin, (2018) Dialek Melayu di Perak: analisis geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). pp. 69-82. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/

Abstract

Dialek Melayu telah lama dikaji namun kebelakangan ini agak kurang aktif. Baru-baru ini kajian dialek dirancakkan semula dengan menggunakan pendekatan multidisiplin. Dialek telah digandingkan dengan maklumat geografi yang dikenali sebagai geolinguistik. Selain maklumat topografi, kajian geolinguistik juga mengambil kira faktor bukan linguistik lain seperti migrasi, sejarah dan sosiobudaya dalam menjelaskan taburan dialek. Kajian telah mengaplikasikan perisian Geographic Information System (GIS) dalam melakarkan taburan dialek dan isoglos dengan tepat dan sistematik. Seramai 1500 responden terlibat dari seluruh negeri Perak dengan mengambil golongan tua, dewasa dan remaja sebagai responden. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai varian sebutan bagi leksikal kata ganti nama, air dan bantal. Selain daripada varian dialek Perak sendiri, kita temui varian dialek Melayu Patani dan dialek Kedah dituturkan di Perak. Kesan daripada faktor sejarah dan migrasi, kita temui juga bahasa Banjar, Jawa dan Minang yang memperkayakan bahasa di Perak. Dapatan kedua membuktikan walaupun Kuala Kangsar dan Perak Tengah adalah pusat bagi dialek Perak asli, namun penggunaan dialek di Perak mula menampakkan unsur-unsur kepudaran dalam kalangan generasi muda. Ini telah pun berlaku pada bahasa Banjar, Minang dan Jawa. Pengaruh daripada media massa, pendidikan, dan proses asimilasi telah menjadi faktor penyumbang kepada kehilangan bahasa dan dialek ini di Perak.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; Isoglos; GIS; Geolinguistik; Perak
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12474
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 03:47
Last Modified:21 Dec 2018 22:14

Repository Staff Only: item control page