Cerakinan bahasa Ubian Mantanani: satu rungkasan awal

Saidatul Nornis Hj. Mahali, (2018) Cerakinan bahasa Ubian Mantanani: satu rungkasan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). pp. 83-98. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/

Abstract

Orang Ubian boleh ditemui bukan hanya di negeri Sabah. Mereka juga boleh ditemui di seluruh pulau pesisir sepanjang kepulauan di selatan Filipina, Timur Sabah dan Barat Sabah. Kebanyakan orang Ubian awalnya mendiami kawasan kepulauan sebelum mereka berpindah ke pinggir pantai di daratan. Meskipun mereka sudah menjadi sebahagian daripada kumpulan suku minoriti di Sabah namun, tulisan atau catatan mengenai mereka belum banyak dibuat. Kebanyakan tulisan mengkhususkan kepada kelompok majoriti dalam rumpun bahasa ini, iaitu orang Bajau. Memandangkan belum ada sebarang tulisan yang memerihalkan bahasa Ubian maka, perbincangan dalam makalah ini hanya akan memfokuskan tentang inventori fonem dan leksikal asas bahasa Ubian. Data bahasa Ubian dalam perbincangan ini merupakan hasil kerja lapangan di pulau Mantanani, Kota Belud. Pulau Mantanani terletak 140km daripada Bandaraya Kota Kinabalu yang di dominasi oleh orang-orang Ubian yang menjadikan laut sebagai sumber kehidupan mereka. Turut dipaparkan adalah senarai leksikal bahasa Ubian yang diubah suai daripada senarai kata Swadesh sebagai catatan dan dokumentasi awal tentang bahasa masyarakat ini.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Ubian; Pulau Mantanan; Fonologi; Inventori fonem; Kota Belud
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12475
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 03:58
Last Modified:21 Dec 2018 22:15

Repository Staff Only: item control page