Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional

Salmah Jan Noor Muhammad, (2018) Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). pp. 99-108. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
480kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/

Abstract

Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang merasakan terancam akan menawarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan di kawasan persekitaran yang lebih kuat dan mantap pertahanannya. Oleh itu, sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain, kebarangkalian, kerajaan tersebut tidak mencapai kemajuan dan tidak dikenali di sekitarnya. Justeru, dengan adanya hubungan diplomatik, kerajaan-kerajaan tersebut akan memperoleh kebaikan yang banyak daripada pelbagai sudut. Justeru, kajian ini akan memfokuskan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah sebagai kerajaan tertua dan terkenal di Nusantara sebagai perbincangan utama dengan mengambil peristiwa yang terdapat dalam naskhah Melayu tradisional seperti Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jangkaan kajian menunjukkan bahawa implikasi hubungan diplomatik tersebut akan dapat dilihat dengan penambahbaikan aspek politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama.

Item Type:Article
Keywords:Implikasi; Diplomatik; Melaka; Kedah; Naskhah Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12476
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 04:02
Last Modified:21 Dec 2018 22:16

Repository Staff Only: item control page