Christine Linsah, and Zamri Mahamod, (2018) Tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan pelajar etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam pembelajaran bahasa Melayu melalui peta pemikiran I-Think. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 3-15. ISSN 2289-1706
|
PDF
278kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tinjauan ini melibatkan 234 orang pelajar tingkatan empat etnik Bidayuh Bukar Sadung (BBS) daripada empat buah sekolah menengah di Daerah Serian, Sarawak. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package For Social Sciences Version 22.0). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan responden tentang nama dan proses pemikiran peta pemikiran i-Think berada pada peratusan yang rendah. Sebaliknya, tahap pengetahuan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam PdPc Bahasa Melayu adalah sederhana, manakala tahap penerimaan terhadap peta pemikiran i-Think pelajar pula berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah pembelajaran Bahasa Melayu membantu pelajar etnik Bidayuh menguasai dan mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka dengan baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Penerimaan; Penguasaan; Peta pemikiran; Pelajar etnik Bidayuh |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12477 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2018 06:26 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 22:17 |
Repository Staff Only: item control page