Metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam peribahasa Melayu dan Perancis berkaitan metafora haiwan kesayangan

Dinie Asyraf Salehan, and Omrah Hassan @ Hussin, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2018) Metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam peribahasa Melayu dan Perancis berkaitan metafora haiwan kesayangan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 17-27. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/

Abstract

Peribahasa sebagai medium penyampaian mesej secara tersirat telah menjadi fokus kajian ramai penyelidik. Metafora, khususnya metafora konsep menjadi salah satu lapangan kajian peribahasa yang menjadi tumpuan. Unsur-unsur alam yang berada di sekeliling manusia seperti yang terdapat dalam Rantaian Utama Kejadian diadaptasi oleh manusia untuk digunakan sebagai perlambangan kepada konsep, atau dalam kata lainnya sebagai metafora konsep dalam peribahasa. Salah satu daripada jenis-jenis metafora yang digunakan dalam bahasa-bahasa dunia termasuk bahasa Melayu dan Perancis untuk menzahirkan metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN, ialah metafora haiwan kesayangan, iaitu metafora kucing dan anjing. Penggunaan metafora kucing dan anjing dalam dua bahasa menimbulkan persoalansekiranya terdapat persamaan dari sudut metafora konsep dalam peribahasa ataupun hanya perbezaan semata-mata oleh sebab perbezaan bahasa itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan 4 metafora konsep yang sama dianalisis dalam peribahasa Melayu dan Perancis di samping perbezaan metafora konsep yang pelbagai. Persamaan-persamaan dengan jumlah yang kecil berbanding perbezaan metafora konsep ini membuktikan kesejagatan metafora bukanlah dalam bentuk yang menyeluruh. Di samping itu, metafora konsep ini juga menambahkan lagi skema metaforikal haiwan sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Metafora konsep; MANUSIA IALAH HAIWAN; Haiwan kesayangan; Peribahasa Melayu; Peribahasa Perancis
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12478
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 06:32
Last Modified:21 Dec 2018 22:20

Repository Staff Only: item control page