Dialek Terengganu dalam penyampaian dakwah: analisis sosiokognitif

Junaini Kasdan, and Muhammad Fahmi Abu Hassan, (2018) Dialek Terengganu dalam penyampaian dakwah: analisis sosiokognitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 29-41. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
310kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/

Abstract

Masyarakat dan bahasa merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Di Malaysia, selain bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan, dialek tempatan juga dituturkan oleh masyarakat setempat sebagai bahasa sehari-hari. Namun, sejak akhir-akhir ini dialek turut berperanan sebagai medium penyebaran maklumat, misalnya dalam penyebaran dakwah, sesuai dengan individu yang menyampaikannya. Bagi para pendakwah, itulah gaya yang mereka ingin bawakan, iaitu dengan dialek, khalayak akan lebih merasa dekat dan akrab, sehingga ilmu yang disampaikan diharapkan mudah diserap dan dihayati. Namun, timbul persoalan, bagaimanakah penerimaan khalayak terhadap penggunaan dialek dalam penyampaian dakwah? Bagaimana pula persepsi khalayak terhadap sesuatu dialek? Apakah bentuk dialek yang tidak dapat diterima oleh khalayak? Dan bolehkah dialek digunakan dalam penyebaran dakwah? Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan dan pemahaman dialek tempatan, khususnya dialek Terengganu dan menganalisis fenomena penerimaan dialek tersebut dalam penyampaian dakwah dalam kalangan masyarakat. Bagi memenuhi objektif kajian, pengkaji menggunakan seperangkat soal selidik yang dibina khusus untuk kajian ini dengan mengambil contoh leksikal dialek Terengganu yang digunakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang kerap digunakan dalam penyampaian dakwahnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa latar belakang sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan dan pemahaman responden. Khalayak didapati tidak menghadapi masalah untuk memahami dialek yang bersifat umum, tetapi bermasalah dalam memahami dialek yang bersifat khusus. Oleh itu, penemuan kajian ini diharap dapat memberikan satu sumbangan baharu dalam bidang linguistik, umumnya dan bidang dakwah, khususnya.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Terengganu; Dakwah; Sosiokognitif; Pengetahuan; Pemahaman
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12479
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 06:37
Last Modified:21 Dec 2018 22:21

Repository Staff Only: item control page