Halia (Zingiber Officinale Roscoe) menurut perspektif agama Islam dan Sains: analisa terhadap manuskrip Melayu terpilih

Rita Nursuhaila Ridzuan, and Nurulwahidah Fauzi, and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, and Khalijah Awang, and Muhammad Widus Sempo, and Haslinda Mohd Salleh, (2018) Halia (Zingiber Officinale Roscoe) menurut perspektif agama Islam dan Sains: analisa terhadap manuskrip Melayu terpilih. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 43-54. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/

Abstract

Kebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan tumbuhan herba dalam perubatan yang dikenali sebagai perubatan tradisi. Kajian ini menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) kerana pokok halia amat berpotensi sebagai ubat-ubatan selain digunakan sebagai perasa dan makanan. Halia dilaporkan sebagai salah satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan untuk muntah, membuang angin, penyakit dalam usus dan sebagainya. Artikel ini mempunyai beberapa objektif penting iaitu: 1) mengkaji kepentingan tumbuhan halia daripada perspektif agama, 2) menganalisis tumbuhan halia yang terdapat dalam tradisi dan manuskrip perubatan Melayu, 3) menganalisis penemuan saintifik dan kandungan fitokimia yang terdapat dalam pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) serta potensi perubatannya. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kualitatif untuk melihat produktiviti penggunaan dan manfaat pokok halia dalam masyarakat kita pada hari ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh penulis mendapati kajian ini penting untuk difahami agar tumbuhan herba ini dapat digunakan secara komersial sama ada dalam bidang perubatan, kosmetik dan dijadikan makanan seharian.

Item Type:Article
Keywords:Halia; Agama Islam; Sains; Manuskrip Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12480
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2018 06:46
Last Modified:21 Dec 2018 22:21

Repository Staff Only: item control page